Get the Flash Player to see this player.
adkperlis.gov.my.
Image 1 Title
Image 2 Title
Image 3 Title
Image 4 Title
Image 5 Title

AADK Perlis (Selatan)
 AADK Negeri Perlis
Unit Antidadah Sempadan (UAS)  AADK Perlis (Utara)
You are here: Utama
Fungsi Unit Pengesanan Dadah Sempadan (UPDS) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Wednesday, 12 May 2004

SOALAN 1

Apakah peranan atau objektif sebenar penubuhan Unit Pengesanan Dadah Sempadan Padang Besar atau Pusat Ujian Urin Sempadan?

Jawapan:

Menyekat penagih dadah dan meraka yang disyaki terlibat dengan penggunaan dadah bebas menyeberangi sempadan Malaysia - Thailand untuk mendapatkan bekalan dadah.

Menyekat dan mencegah perkembagan kesan dan akibat negatif sampingan penagihan dadah seperti AIDS dan penyakit berjangkit merebak di dalam negara ini.

 Kesedaran para pelawat bahawa negara Malaysia amat tegas dalam usaha memerangi gejala penagihan dadah.

Menyekat mobiliti pengedaran dadah melalui pintu masuk sempadan. 

SOALAN 2 

Bagaimanakah tercetusnya idea penubuhan Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin ini?

Jawapan: 

Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin ini ditubuhkan melalui Mesyurat Jawatankuasa Antidadah Kebangsaan dan Majlis Keselamatan Negara pada 15 Januari 1990 yang manan memutuskan untuk menubuhkan Pusat Ujian Urin Sempadan Malaysia - Thailand.

SOALAN 3 

Bilakah Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin di Padang Besar mula ditubuhkan?

Jawapan:

Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin di Padang Besar ini ditubuhkan dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 1997.

SOALAN 4 

Bagaimanakah Agensi Antidadah Kebangsaan ini melihat betapa pentingnya peranan dan fungsi Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin ini di pintu sempadan Malaysia - Thailand?

Jawapan:

Kita mendapati bahawa penubuhan Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin ini amat penting kerana dengan adanya Pusat Ujian ini kita dapat mengenalpasti dan mengesan mereka yang terlibat dengan dadah melalui ujian saringan urin. Sebagai contoh, pada peringkat percubaan penubuhan Pusat Ujian Urin dijalankan pada tahun 1990 hingga 1992 yang dijalan di pusat Ujian Urin Bukit Kayu Hitam kita mendapati ianya amat berkesan yang mana hasil daripada proses percubaan itu sebanyak 713 ujian saringan urin telah dijalankan dan 51 daripadanya positif pelbagai jenis dadah. Jadi Agensi Antidadah Kebangsaan merasakan bahawa peranan dan fungsi Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin sempadan amat penting.

SOALAN 5 

 Bagaimanakah dengan perjalanan dari seggi masa operasi Unit Pengesanan Dadah Sempadan Padang Besar?

Jawapan:

Unit Pengesanan Dadah Sempadan menjalankan operasi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam termasuk pada hari cuti rehat dan cuti umum.

SOALAN 6 

Di manakah sebenarnya kedudukan lokasi Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin Sempadan Padang Besar?

Jawapan:

Sebenarnya Unit Pengesanan Dadah Sempadan atau Pusat Ujian Urin ini terletak di dalam Kompleks Imigresen Padang Besar iaitu di laluan keluar pintu masuk Malaysia - Thailand.

SOALAN 7 

Bagaimanakah dengan susunan operasi Unit Pengesanan Dadah Sempadan di Padang Besar?

Jawapan:

Unit Pengesanan Dadah Sempadan menjalankan operasi di 5 laluan keluar masuk utama di Kompleks Imigresen Padang Besar. Lima laluan tersebut ialah laluan kenderaan ringan iaitu motokar dan motosikal, laluan keretapi, laluan Unit Dagang (Kontena), Laluan perikanan (LKIM) dan laluan kenderaan perdagangan ringan.

SOALAN 8 

Apakah prosedur ataupun akta yang diunakan sekiranya terdapat kes-kes positif selepas ujian saringan urin dijalankan?

Jawapan:

Sekiranya seseorang yang didapati keputusan ujian saringan urinya positif, mereka ini akan ditahan di bawah sek.3 (1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 Pindaan 1998 dan sek.5 (a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka ini akan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

SOALAN 9 

Bagaimankah dengan statitik ujian sarinan yang dijalankan sejak dari tahun penubuhnya sehinga kini 2007?

Jawapan:

Sejak dari tahun 1997 hingga 2007 kita telah menjalankan sebanyak 24,937 ujian saringan urin dan daripada jumlah tersebut sebanyak 456 kes positif telah dicatatkan. 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 27 December 2007 )
 
< Prev   Seterusnya >
Advertisement

Login Form






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Webmail

Nama Pengguna
Kata laluan
 
 

Syndicate

Loading Clock...

Undian

Bagaimanakah anda mengenali Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)?
 

Informasi

Who's Online

Kami ada 24 tetamu online

Bilangan Pelawat

html hit counter

Terakhir dikemaskini :

Isnin ,  8 Mac 2010 

tahun melawat malaysia


AADK Negeri Perlis

Statistik

Ahli: 59
Berita: 130
Capaian Web: 30