Menurut statitik yang telah dikeluarkan dari Ibupejabat AADK (Januari hingga Disember 2006), gologan remaja atau belia lelaki menyumbang angka terbesar terhadap analisis kecenderungan kepada risiko dadah. Statitik menunjukkan bahawa lebih 82.02 % daripada 31,893 kes mula mengambil dadah berusia kurang 13 hingga 29 tahun.
Selain itu, kecenderungan kepada risiko dadah mengikut taraf pendidikan pula menunjukkan separuh (50%) dari perangkaan adalah mereka yang hanya tamat setakar PMR atau SRP sahaja diikuti lepasan SPM iaitu sebanyak 26%.
Seterunya statitik juga merekodkan bahawa pengaruh kawan mencatat peratusan tertinggi bagi penagih yang dikesan mengikut sebab mula menagih iaitu sebanyak 38.41% diikuti penggunaan dadah untuk tujuan keseronokan 21.45%, perasaan ingin tahu 9.69%, tekanan jiwa 3.81%, menahan sakit 1.04% manakala punca penagihan dari ransangan dan secara tidak sengaja pula sebanyak 0.7%.
Bagi penagihan yang dikesan mengikut jenis-jenis dadah pula, ganja atau kanabis merupakan kes tertinggi iaitu sebanyak 48.10% diikuti Methamphetamine 21.80%, Morfin 12.8%, Heroin 11.42%, Amphethamine 2.42%, pil-pil psikotropik 1.04% dan ubat batuk (Kodein) 0.69%.
Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan dadah di negari ini merupan buruh am iaitu 17.3%. Selain itu, sektor binaan juga menunjukkan angka yang tinggi iaitu 14.53% di samping sektor pertanian dan perikanan sebnayak 9.34% diikuti dari sektor jualan 8.3%, pengangkutan 6.92%, penggangur 3.81% dan selebihnya dari bidang pengeluaran atau kilang, pengkeranian, perkhidmatan, hiburan malahan ada terdiri di kalangan mereka ini merupakan penuntut-penuntut di IPT.