Get the Flash Player to see this player.
adkperlis.gov.my.
Image 1 Title
Image 2 Title
Image 3 Title
Image 4 Title
Image 5 Title

AADK Perlis (Selatan)
 AADK Negeri Perlis
Unit Antidadah Sempadan (UAS)  AADK Perlis (Utara)
You are here:
Tentang Kami PDF Cetak E-mail

Image

Logo Agensi Antidadah Kebangsaan

Misi Agensi Antidadah Kebangsaan
 Agensi Utama Memerangi Dadah
 
Visi Agensi Antidadah Kebangsaan
Memastikan Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah

 
Moto Agensi Antidadah Kebangsaan
Bersama Membasmi Dadah

Objektif Agensi Antidadah Kebangsaan

  •  Mencegah Masyarakat Dari Terlibat Dengan Dadah
  •  Merawat Dan Memulih Penagih Dadah
  •  Mencegah Penagihan Semula
  •  Membenteras Bekalan Pengedaran Dan Penyalahugunaan

Strategi Agensi Antidadah Kebangsaan
Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam Negara melalui :-

  • Pencegahan
  • Rawatan dan Pemulihan
  • Penguatkuasaan
  • Kerjasama Antarabangsa

Piagam Pelanggan 

  • Mengurangkan kelarian penagihan tidak melebihi 50 peratus
  • Meninggikan tahap pemulihan penghuni sebanyak 30 peratus
  • Memperluaskan pelaksaan Program TC (Therapeutic Community)
  • Meningkatkan tahap profesionalisme pegawai dan kakitangan
  • Mengurangkan penagih baru sebanyak 20 peratus
  • Memperhebatkan program and aktiviti pencegahan dan publisiti kepada kumpulan sasar

Kod Etika

  • Mendukung Visi dan Misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah;
  • Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri;
  • Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan permbangunan diri secara berterusan;
  • Bekerjasama dan berurusan secara professional; dan
  • Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

Teras Perkhidmatan Awam

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Bekerja dengan penuh tanggungjawab
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
  • Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan
  • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
  • Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh Negara
  • Berpegang teguh kepada ajaran agama

Sejarah Penubuhan

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.

Dasar Dadah Negara

Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Y.A.B Dato's Seri Dr. Mahathir (sekarang Y. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad), bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Dasar ini digubal bertujuan untuk mengurangkan permintaan dan bekalan dadah serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah.

Strategi Dadah Negara

Pada 11 Jun 1996, strategi baru Dasar Dadah Negara telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan mengikut keutamaan iaitu :-

  1. Pencegahan
  2. Penguatkuasaan
  3. Rawatan dan Pemulihan
  4. Kerjasama Antarabangsa
Pencegahan, penguatkuasa, rawatan dan pemulihan merupakan tiga strategi utama manakala kerjasama antarabangsa merupakan strategi sokongan. 

 

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 04 November 2008 )
 
Advertisement
Loading Clock...

Informasi

Who's Online

Kami ada 3 tetamu online

Bilangan Pelawat

html hit counter

Terakhir dikemaskini :

Isnin ,  8 Mac 2010 

tahun melawat malaysia