Get the Flash Player to see this player.
adkperlis.gov.my.
Image 1 Title
Image 2 Title
Image 3 Title
Image 4 Title
Image 5 Title

AADK Perlis (Selatan)
 AADK Negeri Perlis
Unit Antidadah Sempadan (UAS)  AADK Perlis (Utara)
You are here: Utama arrow Perutusan Pengarah
PDF Cetak E-mail
ANCAMAN SYABU KEPADA NEGARA
Awal tahun ini , kita telah disajikan dengan berita tentang rampasan dadah jenis syabu di KLIA yang bernilai jutaan ringgit serta melibatkan sejumlah besar warganegara Iran . Mereka ini dipercayai “ Keldai Dadah ” yang diupah oleh sindiket dadah antarabangsa untuk pasaran serantau .
Modus operandi yang bertopengkan  pelancong dari ahli perniagaan adalah bagi memastikan identiti sebenar mereka tidak terbongkar .
Mereka bergerak dengan taktik yang licik bagi memboloskan diri
ke negara ini dengan secara menelan dan menyorokkan dadah dalam beg pakaian .
Tentu berlegar di fikiran kita , kenapa Negara kita seolah-olah menjadi sasaran penyeludupan dadah khususnya syabu sejak akhir-akhir ini . Dadah jenis syabu mempunyai nilai harga dan permintaan tinggi di Asia Tenggara . Justeru itu bagi mengejar keuntungan yang lebih lumayan dan hidup mewah dengan cara mudah , mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membawanya masuk meskipun berhadapan risiko kehilngan nyawa di tali gantung .
Syabu  sejenis dadah sintetik yang mampu merangsangkan fokus otak dan memberi tenaga untuk terus bekerja selama 3 hingga 4 hari. Ramai yang tidak mengetahui gejala pengambilan dadah sintetik bukan sahaja terdiri dari golongan bekerja , malah turut popular dikalangan penuntut Institusi Pengajian Tinggi .
Syabu mudah diperolehi terutamanya di pusat hiburan dengan kadar harga RM  50.00 – RM 300.00  dalam bentuk tiub  bergantung kepada kualiti .
Majoriti mereka yang terjebak di dalam kancah ini kerana pengaruh kawan . Ianya   adalah satu peringatan kepada kita khususnya ibubapa untuk memantau anak-anak serta pemilihan kawan-kawan mereka . Pengaruh kawan amat kuat dalam menentukan perwatakan anak-anak . Kawan ibarat cermin . Perangai kawan menjadi perangai sendiri . Kesukaan kawan menjadi kesukaan sendiri . Jika baik kawannya , maka baiklah seseorang itu . Jika kawannya jahat , maka diapun akan mudah menjadi jahat .
Hakikat ini bukan rekaan tetapi adalah dari lidah Rasullullah S.A.W sendiri yang bersabda :   “ Manusia itu sentiasa menurut kelakuan temannya , maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan sesiapa yang dia berkawan dengannya “ ( riwayat Tarmizi )
Satu lagi sabda baginda S.A.W yang tepat dan padat “ Awaslah kamu berkawan dengan teman yang jahat , nanti kamu jadi jahat
 ( riwayat Ibnu Asakir )
Fitrah manusia memang memerlukan teman dan kawan , kawan bukan sahaja dapat melegakan jiwa dan perasaan , bahkan menjadikan kita matang dan lebih bertanggungjawab .
Kawan yang baik ialah kawan yang dapat sama-sama membimbing kita kearah adab-adab mulia dan mendekati agama . Kawan sebenar ialah kawan yang menegur bila kita terpesong dan sedia ditegur bila dia melakukan kesilapan .
Lantaran itu , dorongan dan panduan berterusan merupakan   yang efektif bagi memastikan anak-anak memperolehi ketahanan diri yang ampuh dan jitu didalam menongkah arus masa hadapan .
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 11 March 2010 )
 
Advertisement
Loading Clock...

Informasi

Who's Online

Kami ada 25 tetamu online

Bilangan Pelawat

html hit counter

Terakhir dikemaskini :

Isnin ,  8 Mac 2010 

tahun melawat malaysia